Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Harga Minyak Berterusan Menurun Berikutan Dolar AS Mengukuh

Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh sebanyak 49 sen atau 0.7 peratus kepada paras harga dagangan sebanyak $ 68.97 setong selepas susut lebih awal kepada serendah $ 68.91. Kontrak untuk penghantaran bagi bulan Mac ditutup sebanyak $ 1.06 atau 1.5 peratus, berada pada paras harga dagangan sebanyak $ 69.46 setong pada hari Isnin.

Niaga hadapan mentah WTI A.S. merosot kepada 70 sen atau 1.1 peratus untuk diniagakan kepada paras harga dagangan sebanyak $ 64.86 setong. Pada hari Isnin, mereka turun sebanyak 58 sen atau 0.9 peratus kepada paras harag dagangan sebanyak $ 65.56 setong.

Pasaran harga masih bersedia untuk mengambil keuntungan bulanan kelima berturut-turut.


Menurut penganalisis, pasaran masih terdedah kepada kemerosotan, disebabkan oleh peningkatan dalam bilangan penggerudian pelantar minyak Amerika Syarikat (AS). Jumlah pengeluaran Amerika Syarikat (AS) juga berada pada tahap yang sama dengan Arab Saudi, yang merupakan antara salah sebuah negara pengeluar terbesar di OPEC. Hanya Rusia mengungguli mereka, dengan purata sebanyak 10.98 juta tong sehari pada tahun 2017.

Jumlah pengeluaran Amerika Syarikat (AS) telah melonjak lebih daripada 17 peratus sejak pertengahan tahun 2016 dan dijangka meningkat melebihi 10 juta tong sehari tidak lama lagi.

Pada minggu terakhir, penggerudi di Amerika Syarikat menambah sebanyak 12 pelantar minyak untuk pengeluaran baru, menurut Baker Hughes.

Tiada ulasan