Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Saham Eropah Ditutup Bercampur Berikutan Pedagang Kembali Dari Krismas

Perdagangan adalah lebih ringan daripada biasa, berikutan darpida pasaran di seluruh dunia dibuka semula selepas percutian cuti Krismas.


STOXX 600 Pan-Eropah meningkat dengan sebanyak 0.1 peratus, dengan bursa-bursa utama menunjuk ke arah yang berbeza. FTSE 100 mencatatkan rekod yang tertinggi semasa sesi pada hari Rabu, dan selesai pada paras sebanyak 0.34 peratus lebih tinggi kepada 7,620.68.


Indeks DAX 30 Jerman sedikit merosot pada 13,070.02, sementara indeks CAC 40 Perancis meningkat dengan sebanyak 0.1 peratus kepada 5,368.84.

Syarikat-syarikat perlombongan membantu meningkatkan pasaran, menjejaki pergerakan positif untuk sektor harga logam terutamanya. Antara pelombong, saham Fresnillo meningkat dengan sebanyak 3.5 peratus, Randgold Resources Ltd. meningkat dengan sebanyak 1.9 peratus dan Glencore naik kepada 2.1 peratus.

InstaForex

Royal Dutch Shell berada dalam keadaan 'hitam' selepas syarikat minyak utama mengatakan pihaknya menjangkakan kesan yang "menguntungkan" terhadap operasinya daripada undang-undang reformasi cukai Amerika Syarikat (AS) yang baru diluluskan.

Barclays berkata pihaknya itu menjangkakan menempah caj 1 bilion pound ($ 1.3 bilion) kepada akaun 2017 mereka berikutan daripada perubahan di Amerika Syarikat, yang juga akan mengurangkan nisbah Tier Ekuiti Teras 1 dengan sebanyak 20 mata asas. Saham syarikat perkhidmatan kewangan berakhir kepada paras 0.3 peratus lebih tinggi.

Beberapa pembekal Apple, termasuk Dialog Semiconductor dan Austria Microsystems turun dengan mendadak selepas akhbar Taiwan Economic Daily melaporkan bahawa pembuat iPhone akan mengurangkan ramalan jualannya untuk iPhone X pada suku pertama.

Tiada ulasan