Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Cara Masukkan Template Moving Haiken Ke dalam Meta Trader4 Versi Terbaru


Pada kesempatan kali ini saya akan berkongsi bagaimana cara ingin masukkan template Moving haiken pada chart MT4 versi terbaru. Dengan adanya template ini anda tidak perlu lagi seting moving haiken satu persatu. Ini kerana template ini saya telah pun setting daripada Time Frame M1 hinggalah ke Time Frame MN. Apa yang perlu anda buat hanyalah masukkan template ini ke dalam Meta Trader4 anda. Cara untuk masukkan template ini anda boleh ikut langkah seperti berikut:-


Sebelum anda masukkan template ke dalam meta trader 4 anda mestilah ada satu file template yang saya sediakan secara percuma. Anda boleh download di sini. Setelah selesai download file tersebut langkah seterusnya anda buka meta trader 4 anda klik pada File => Open Data Folder => template. Anda copy file template  dan anda paste. Lihat gambarajah di bawah sebagai comtoh.



Setelah anda paste file tersebut, langkah seterusnya anda klik pada template di sebelah atas kanan meta trader 4 anda dan anda akan dapat lihat terdapat template moving haiken di situ. Jika tidak ada anda cuba tutup meta trader 4 anda dan buka kembali atau anda boleh juga refresh Meta Trader 4 anda dengan cara klik mouse anda sebelah kanan dan klik pada refresh. Lihat gambarajah di bawah sebagai contoh.



Kini telah selesai anda masukkan template moving haiken ke dalam meta trader 4 anda. Anda tidak perlu ubah apa-apa kerana template ini telah siap saya teating dari Time Frame M1 hinggalah ke Time Frame MN. Ini untuk memudahkan para trader moving haiken menggunakan teknik ini. Semoga Maju Jaya.
__________________________________________________________________

Anda berminat belajar teknik forex moving haiken? Dapatkan pakej lengkap moving haiken di http://forextrg.ws/panduan_lengkap/

Tiada ulasan