Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Harga Minyak Melonjak Dipertengahan Ketegangan Arab Saudi

Pasaran dagangan bagi sektor harga minyak melonjak dengan mendadak pada hari Isnin ekoran daripada ketegangan geopolitik yang terkini terhadap kehilangan seorang wartawan Saudi yang menimbulkan kebimbangan mengenai penurunan bekalan minyak.

Niaga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 88 sen atau 1.09 peratus kepada paras harga dagangan sebanyak $ 81.31 setong selepas kerugian yang ketara pada minggu lepas. Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) melonjak sebanyak 44 sen atau 0.62 peratus pada paras harga dagangan sebanyak $ 71.78 setong, melanjutkan perolehan peningkatan hari Jumaat.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi amaran "hukuman berat" sekiranya Arab Saudi merupakan dalang kepada kehilangan wartawan pembangkang Jamal Khashoggi yang dilaporkan terbunuh di dalam konsulat Kerajaan di Istanbul. Riyadh berkata pihaknya akan bertindak balas sekiranya terdapat sebarang sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Hubungan antara kerajaan dan Amerika Syarikat (AS) telah merosot dengan cepat selepas Jamal Khashoggi, seorang pengkritik terkemuka di Riyadh dan penduduk AS, hilang awal bulan ini selepas melawat konsulat Saudi di Istanbul. Dagangan harga minyak juga terus disokong selepas data menunjukkan bahawa Korea Selatan tidak mengimport minyak mentah Iran pada bulan September untuk kali pertama dalam tempoh enam tahun, tunduk kepada tekanan dari Amerika Syarikat sebelum sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara Timur Tengah berkuat kuasa pada bulan November.

Tiada ulasan