Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Penurunan Inventori Minyak Mentah A.S. Berlanjutan Sehingga Minggu Ke-10 Berturut-Turut: EIA

Pasaran bagi stok minyak mentah merosot sebanyak 1.1 juta tong pada minggu terakhir, berbanding anggaran penganalisis untuk penurunan sebanyak 1.6 juta tong. Pada paras 411.6 juta tong, inventori mentah berada pada tahap yang paling rendah sejak bulan Februari 2015 dan catatan pengeluaran yang bermula akhir pda bulan November menandakan rekod, menurut angka EIA.

Rizab mentah di Cushing, Oklahoma, hab penghantaran untuk niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) merosot sebanyak 3.2 juta tong kepada 29.2 juta, merupakan antara tahap terendah sejak bulan Januari 2015, EIA menyatakan.

InstaForex

Penurunan yang berterusan dalam inventori Amerika Syarikat (AS) datang walaupun pengeluaran mula melonjak semula, sehingga 9.9 juta bpd, menhampiri kepada rekod sepanjang masa Amerika Syarikat dengan sebanyak 10.04 juta bpd pada tahun 1970 susulan daripada proses penyulingan menurun.

Permintaan petrol dan sulingan adalah kukuh, dengan produk petrol motor yang dihasilkan dalam tempoh empat minggu yang lalu meningkat kepada 5.4 peratus dari tempoh sebelum tahun tersebut, dan bahan bakar sulingan dilihat kepada kenaikan sebanyak 15.3 peratus tahun ke tahun.

Pasaran dagangan bagi stok petrol meningkat kepada 3.1 juta tong, berbanding dengan anggaran yang dianggarkan sebanyak 2.5 juta tong oleh penganalisis. Bekalan inventori meningkat sebanyak 639, 000 tong berbanding jangkaan penurunan sebanyak 1.5 juta barel.

Pada minggu lalu, jumlah import minyak mentah Amerika Syarikat (AS) merosot sebanyak 71, 000 bpd.

Tiada ulasan