Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Dagangan Harga Minyak Melonjak Menjelang Perhimpunan OPEC

Niaga minyak mentah London Brent melonjak sebanyak 24 sen pada paras harga $ 48.30 setong. Dagangan bagi kontrak minyak mentah turun sebanyak $ 1.24 atau 2.5 peratus susut selepas konsultasi berkata pihak mereka menjangkakan berlaku peningkatan dalam pengeluaran OPEC bagi bulan ini meskipun perjanjian untuk mengekang tahap pengeluaran dibentuk.

Niaga hadapan minyak mentah NYMEX melonjak sebanyak 17 sen pada paras harga $ 45.94 setong.

Para menteri tenaga dari ahli OPEC dan pengeluar minyak non-OPEC yang lainnya akan bertemu di St Petersburg untuk membicarakan kesepakatan itu bagi menurunkan tahap pengeluaran minyak mentah sebanyak 1.8 juta barel hingga akhir bulan April 2018.

Jawatankuasa ini dilihat mencadangkan batas bersyarat ke atas pengeluaran minyak mentah bagi negara Nigeria dan Libya, menurut sumber-sumber yang berkaitan dengan perkara itu. Walau bagaimanapun, pemotongan tahap pengeluaran oleh Libya dan Nigeria hampir tidak mungkin diberikan memandangkan Libya baru sahaja mula meningkatkan tahap pengeluaran mereka selepas perang saudara.
Belajar bagaimana entry dengan lebih tepat dengan menggunakan teknik forex moving haiken. Dapatkan secara percuma pakej lengkap moving haiken edisi 2017 di sini
forextrg

Tiada ulasan