Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Analysis Teknikel Moving Haiken EUR/USD 14 September 2015


EUR/USD pada awal minggu ini kelihatan pasaran turun buat seketika. Kalau kita lihat pada candle haiken ashi telah turun melepasi pada line MA 24 HIGH. Ini bermakna trend pada hari ini dalam keadaan down trend. Namun begitu untuk mengambil position SELL masih lagi berisiko tinggi.

Kalau anda lihat pada minggu lepas telah berlaku persilangan antara MA24 dengan MA 168. Ini menunjukkan trend pada minggu lepas telah berubah arah kearah UP TREND. Dalam keadaan trend begini sebaiknya anda pilih untuk mengambil position BUY.Namun begitu pada ketika ini belum lagi sesuai untuk enter position BUY.

Jika seandainya pasaran naik melepasi pada tahap 1.1380 dan pada waktu yang sama candle haiken ashi tidak bersentuhan dengan MA 24 high amat sesuai sekali untuk enter position BUY.
Dijangka jika pasaran dapat melepasi pada tahap 1.1380 pasaran akan naik menuju ke tahap 1.1422 sebagai target pertama.

Jika seandainya pasaran dapat menembusi pada tahap 1.1422 di jangka pasaran akan terus naik menuju ke tahap 1.1478 sebagai target ke dua. Lihat gambarajah di atas sebagai contoh.

Apa-apa pun utamakan money management semasa melakukan urus niaga. Anda berminat untuk mempelajari teknik moving haiken dapatka pakej lengkap ebook moving haiken di http://forextrg.ws/panduan_lengkap/tempahan.html

Tiada ulasan