Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Parabolic Sar Indicator


Secara teknikalnya, Parabolic SAR ( SAR and reverse) ini adalah merupakan teknik yang telah diilhamkan oleh J.Welles Wider, Jr untuk mengenalpasti trend di dalam harga pasaran. Ia boleh digunakan untuk tujuan trailing stop loos berdasarkan kepada harga pasaran yang mendiami di dalam kelekukan parabolic semasa berlakunya perubahan trend yang kuat.

Secara amnya parabolic ini boleh ditentukan trendnya. Apabila sesebuah parabolic berada di bawah nilai jualan adalah dikatakan sebagai bullish trend (trend menaik), manakala sekiranya parabolic berada di atas nilai jualan maka trend di istilah sebagai bearish trend (trend menurun).





Gambarajah di atas menunjukkan bagaimana rupa bentuk Parabolic SAR ini.

SETTING

Langkah 1

Klik pada INSERT kemudian INDICATOR kemudian TREND kemudian PARABOLIC SAR dan akan keluar box pada skrin kamu.

Langkah 2

Klik pada PARAMETERS dan kamu setting berikut:
  • Stap = 0.02
  • Maximun = 2
  • Style = Red
Langkah 3

Klik pada VISUALIZATION dan kamu ikut setting berikut:
  • Klik pada box ALL TIMEFRAME dan SHOW IN DATA WINDOW.
Anda boleh lihat video ini untuk lebih jelas

[youtube src="pFfNX82EfeM"][/youtube]

KAEDAH PENGGUNAAN
Dengan menggunakan PARABOLIC SAR kamu boleh menjadikan ianya sebagai panduan untuk menentukan kekuatan permulaan aliran trend mengikut titik-titik yang dihasilkan oleh PARABOLIC SAR. Bagaimanakah caranya menggunakan teknik melalui indicator unit ini? Saya akan terangkan seperti gambarajah di bawah:-



OPEN SELL POSITION
  • Pastikan kamu membuka position SELL setelah ada satu titik permulaan bearish pada PARABOLIC SAR seperti gambarajah di atas.
  • Untuk memaksimunkan keuntungan dengan menggunakan indicator ini kamu boleh melakukan pergiraan pada setiap titik PARABOLIC SAR.
  • Pastikan kamu mengambil profit setelah ada 3 – 5 titik PARABOLIC SAR kerana apabila wujud 1 titik No 4, trend bearish ini akan menghasilkan suatu momentum ledakan yang kuat untuk turun secara maksimun dipertaraan titik ini.
  • Oleh itu ambil profit kamu pada titik perantaraan 3 – 5 kerana ada kemungkinan akan berlaku reversal trend secara mendadak.
OPEN BUY POSITION
  • Pastikan kamu membuka position BUY setelah ada satu titik permulaan bullish pada PARABOLIC SAR seperti gambarajah di atas.
  • Untuk memaksimun keuntungan keuntungan dengan menggunakan indicator ini kamu boleh melakukan pengiraan pada setiap titik PARABOLIC SAR.
  • Pastikan kamu mengambil profit setelah ada 3 – 5 titik PARABOLIC SAR kerana apabila wujud 1 titik permulaan menaik sehingga ke titik No 4, trend bullish ini akan menghasilkan suatu momentun kedakan yang kuat untuk naik secara maksimun di perantaraan titik ini.
  • Oleh itu ambil profit kamu pada titik perantaraan 3 -5 kerana ada kemungkinan akan berlaku reversal trend secara mendadak.

PERHATIAN YANG PERLU DIAMBIL



Untuk mengelakan dari berlaku kesilapan semasa memasuki position, di sini saya ingin memberikan beberapa petua dan teknik berkaitan dengan penggunakan PARABOLIC SAR yang perlu kamu semua patuhi kerana indicator ini tidak sesuai hanya digunakan sendirian tanpa bantuan dan penambahan dengan indicator – indicator lain kerana indicator PARABOLIC SAR ini kerap kali memberi FALSE SIGHAL setelah terhasilnya titik permulaan perubahan trend. Di bawah ini saya senaraikan apakah kebaikan, keburukan dan keadah terbaik untuk memaksimakan penggunakan teknik ini:-
  • Masuk position SELL atau BUY setelah ada titik permulaan pada PARABOLIC SAR.
  • Mengambil profit pada titik ke 3 – 5 bagi mengelakkan sebarang permasalahan perubahan trend di saat- saat akhir.
  • Jangan sesekali memasuki position di pertengahan PARABOLIC SAR ini terbentuk kerana pada peringkat ini kemungkinan berlaku perubahan trend secara mendadak.
  • Jangan sesekali bergantung harap pada PARABOLIC SAR semata-mata dengan tidak mengambil kira indicator lain.
  • PARABOLIC SAR ini hendaklah digunakan sebagai panduan sahaja untuk mengukur kekuatan trend samada naik atau turun.
  • Pastikan kamu menggunakan indicator PARABOLIC SAR ini sekurang-kurangnya ditambahkan dengan indicator RSI atau STOCHATIC.
  • Pastikan kamu merujuk pada semua TIMEFRAME bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasuki trend. Mulakan dari TIMEFRAME besar dan ke bawah. Contoh MN, W1, D1, H4, H1, M30, M15, M5, & M1.
  • TIMEFRAME terbaik boleh dijadikan sebagai rujukan adalah pada MN, W1, D1, H4 dan H1.
  • Akhir sekali yakin dengan keputusan position yang telah kamu masuki dengan mententeramkan diri kamu dari berlaku pergolakan di dalam jiwa, ikut dan yakin pada indicator yang kamu gunakan.

Tiada ulasan