Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Jenis- Jenis Arahan (Order)


Bagi mendapat keuntungan dalam forex, kita perlu melaksanakan arahan belian (Buy) ketika harga pasaran hendak naik dan menutup arahan tadi ketika harga market sudah hendak bertukar arah. Jika keadaan sebaliknya (harga hendak jatuh) arahan jualan (SELL) perlu dilakukan. Arahan Jual (sell) dan Beli (Buy) pula ada lagi beberapa keadaan:-

Market Oder

Membeli (Buy New) atau menjual (Sell New) matawang pada harga semasa.
Contoh arahan: Jika kita ingin membeli, arahan Buy New perlu dilakukan dan arahan untuk menutup pasaran tadi ialah Sell Close. Manakala jika ingin menjual, arahan Sell New digunakan dengan arahan Buy Close sebagai penutup.

Stop Order

Menempah belian (Buy New Stop) atau jualan (Sell New Stop) matawang dengan lebih awal mengikut arahan (trend) pasaran
Contoh arahan: Jika kita jangka harga pasaran naik ke satu point dan dijangka akan kekal naik, arahan yang betul adalah dengan Menempah belian (Buy New Stop Order) pada point tersebut.

Limit Order

Menempah Belian (Buy New Limit) atau Jualan (Sell New Limit) matawang dengan lebih awal berlawanan dengan arah (trend) pasaran.
Contoh arahan: Jika kita jangka harga pasaran naik ke satu point dan dijangka ia akan bertukar (reverse) arah turun  dari point tersebut, arahan yang brtul adalah dengan Menempah jualan (Sell New Limit Order) pada point tersebut.

Arahan Stop Loss (SL) dan Target Point (TP)

StopLoss (Tahap menentukan Kerugian) adalah arahan yang bertindak menutup position trading semasa secara automatik apabila position semasa mengalami kerugian dan mencapai sasaran StopLoss yang telah kita tetapkan.

TargetPoint/TakeProfit (TP) pula arahan yang bertindak menutup position trading semasa secara automatik apabila position semasa mendapat keuntungan dan mencapai sasaran (TargetPoint) yang telah ditetapkan.
Adalah penting untuk menetapkan arahan SL dan TP untuk setiap position trading kita. Ini adalah salah satu fungsi yang membolehkan kita mengawal kerugian dan memaksimakan keuntungan.

Manukan anda menjana income 4 angka seminggu cecara konsisten? Belajar teknik moving haiken satu teknik yang cukup mudah anda faham. http://forextrg.ws/panduan_lengkap/

Tiada ulasan