Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Pertumbuhan Pekerjaan UK Menurun Pada Bulan September

Pejabat Statistik Negara baru-baru ini telah melaporkan bahawa kemerosotan pertama dalam sektor pekerjaan berlaku sejak kebangkitan undian Brexit pada tahun lepas. Menurut ONS, jumlah pekerja yang bekerja telah menurun sebanyak 14,000 pada suku ketiga kepada lebih dariapda 32 juta, iaitu sebanyak 14,000 kurang daripada pada suku kedua.

ONS berkata jumlah itu adalah penurunan pertama sejak pengurangan sedikit pada suku yang berakhir pada bulan Oktober 2016 dan kejatuhan terbesar sejak tempoh bulan April hingga Jun 2015. Kadar pengambilan pekerja turun dari paras 75.1% kepada 75%.

Tahap pekerjaan juga menurun secara ringkas pada tahun 2016, hanya untuk pulih dengan kuat pada bulan-bulan berikutnya.



Lebih banyak bukti mengenai pasaran buruh yang lebih lemah datang daripada penurunan kekosongan jawatan, penurunan sebanyak 29,000 dalam jumlah pekerjaan sepenuh masa dan kenaikan bilangan pekerja sambilan yang mendakwa mereka ingin mempunyai pekerjaan sepenuh masa.

Kadar pengangguran kekal stabil pada paras 4.3 peratus, merupakan tahap yang paling rendah sejak tahun 1975. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan dalam secara "tidak aktif", bagi masyarakat yang tidak bekerja ataupun yang sedang mencari pekerjaan.

Prospek harapan terhadap penurunan dalam sektor pekerjaan akan meningkat dalam sektor produktiviti.

Pertumbuhan ekonomi UK berkembang pada suku ketiga walaupun bilangan pihak yang kurang bekerja, jumlah pengeluaran yang dihasilkan oleh setiap pekerja meningkat. Pengeluaran per jam meningkat sebanyak 0.9 peratus, merupakan antara yang paling banyak sejak tahun 2011.

Tiada ulasan