Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Pasaran Harga Minyak Merosot Berikutan Dagangan Terjejas Kesan Taufan Amerika Syarikat

Pasaran dagangan bagi minyak mentah Brent diniagakan turun sebanyak 14 sen atau 0.3 peratus pada $ 53.70 setong dari sesi dagangan sebelumnya. Sementara itu, minyak mentah WTI Amerika Syarikat jatuh sebanyak 12 sen atau 0.3 peratus pada $ 47.95 setong.

Kilang penapisan Amerika Syarikat telah mula beroperasi semula. Motiva Enterprises, kilang penapisan Amerika Syarikat (AS) terbesar, telah memulakan semula pengeluaran pada awal minggu selepas ditutup beroperasi selama kira-kira dua minggu ekoran daripada Taufan Harvey menghancurkan pantai Teluk Amerika Syarikar (AS). Selepas Harvey, Taufan Irma melanda Florida pada hari Ahad.

Penganalisis menganggarkan bahawa inventori mentah Amerika Syarikat (AS). berkemungkinan meningkat pada minggu sebelumnya berikutan kesan taufan, sementara stok produk yang disempurnakan dijangka jatuh.

Data API dijadualkan akan dikeluarkan pada lewat hari ini manakala laporan EIA akan dikeluarkan pada hari Selasa.

Sementara itu, di tengah-tengah kebimbangan lebihan bekalan global, Menteri Tenaga Arab Saudi Khalid al-Falih telah berbincang dengan rakan sejawatannya di Venezuela dan Kazakhstan kemungkinan memanjangkan tempoh perjanjian untuk mengehadkan pengeluaran selepas bulan Mac 2018.

InstaForex

Tiada ulasan