Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Harga Emas Menurun Ekoran Dolar Kukuh, Euro Melemah

Pasaran dagangan bagi Spot emas susut sebanyak 0.4 peratus kepada $ 1,292.40 auns. Dagangan itu menurun sekitar 1.7 peratus minggu sebelumnya.

Niaga hadapan emas AS untuk kedatangan bulan Disember susut sebanyak 0.2 peratus kepada $ 1,295.30 auns.

Pasran mata wang Euro jatuh pada awal sesi dagangan Asia berikutan pilihan raya Jerman yang mendedahkan sokongan yang semakin meningkat untuk parti berhaluan kanan yang menyebabkan Angela Merkel untuk membentuk sebuah persekutuan yang bercampur. Merkel memenangi penggal keempat dalam pilihan tetapi beliau perlu memerintah dengan gabungan yang kurang stabil.

Saham di SPDR Gold Trust GLD, dana dagangan bursa yang bersandarkan emas terbesar di dunia, meningkat sebanyak 0.45 peratus kepada 856.08 tan pada hari Jumaat daripada 852.24 tan pada hari sebelumnya.

Presiden Ameriak Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran kepada menteri luar negeri Korea Utara dan pemimpin Kim Jong Un bahawa " beliau tidak akan bertahan lebih lama", memandangkan Pyongyang mengadakan perhimpunan utama anti-AS.

Satu cadangan oleh Republikan Amerika Syarikat (AS) untuk memansuhkan dan menggantikan program insurans kesihatan Obamacare menangani halangan baru yang kritikal dalam parti, berikutan daripada Senator Ted Cruz menyuarakan bantahannya ketika Senator Susan Collins menyatakan kritikan yang kuat terhadap undang-undang.

InstaForex

Tiada ulasan