Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Saham Asia Diniagakan Bercampur-campur Berikutan Kenaikkan Dolar

Saham-saham Asia ditutup bercampur-campur dalam dagangan kecil, walaupun bacaan mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dalam keuntungan perindustrian China pada November, apabila dolar AS menebus semula kerugian hari sebelumnya. Indeks saham MSCI Asia-Pasifik tidak termasuk Jepun diniagakan sedikit lebih tinggi, manakala Australia, Hong Kong dan New Zealand masing-masing ditutup sempena cuti Krismas.

Indeks Nikkei 225 Jepun diniagakan tidak berubah, naik 0.03 peratus pada paras 19,403.06. Kospi Korea Selatan naik 0.22 peratus pada 2,042.17. Indeks Komposit Shanghai jatuh 0.24 peratus pada 3, 115 sebagaimana komposit Shenzhen ditutup hampir mendatar, 0.069 peratus lebih tinggi pada 1,979.73. Syarikat hartanah Vanke mencatatkan pertumbuhan dengan kenaikkan sebanyak 3.78 peratus, sementara China Eastern Airlines susut 1.87 peratus manakala China Petroleum & Chemicals merosot 1.94 peratus.

Dolar Australia terus berada di bawah tekanan berbanding dolar AS pada paras harga $ 0.7188, paras terendah sejak Mei. Won Korea Selatan diniagakan susut berbanding dolar AS, pada paras harga 1,206.59, menghampiri paras tinggi 11 bulan.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Tiada ulasan