Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Eksport Jepun meningkat pada November Ekoran Kejatuhan Yen

Prestasi eksport Jepun meningkat dengan kukuh pada November sebagaimana mata wang yen terus melemah dan peningkatan dalam permintaan luar negara telah menyokong penghantaran dari sektor perdagangan. Eksport susut sebanyak 0.4 peratus pada tahun ini untuk November, menurut laporan Kementerian Kewangan (MOF). Walau bagaimanapun, ia melebihi jangkaan ekonomi yang megunjurkan penurunan tahunan sebanyak 2.0 peratus.

Nilai eksport ke China meningkat pada tahunan sebanyak 4.4 peratus, kenaikan pertama dalam tempoh sembilan bulan didorong oleh eksport komponen kereta. Jumlah eksport turut mencatatkan kenaikkan sebanyak 7.4 peratus berbanding tempoh setahun yang lalu, permintaan luar negeri mula menunjukkan tanda-tanda kenaikkan semula. Data menunjukkan bahawa eksport jatuh pada November pada kadar yang lebih perlahan disebabkan oleh penyusutan nilai penghantaran kereta dan keluli berbanding dengan bulan sebelumnya. Eksport ke Amerika Syarikat susut 1.8 peratus tahun ke tahun berbanding penurunan tahunan sebanyak 11.2 peratus pada Oktober.

Imbangan perdagangan mencatatkan lebihan sebanyak 152.5 bilion yen ($ 1.29 bilion). Yen jatuh 8.4 peratus pada November, yang telah mendorong kenaikkan nilai eksport Jepun.
Anda berminat untuk belajar teknik forex moving haiken tetapi tidak tahu bagaimana ingin bermula? Download Ebook percuma disini 👈
forextrg

Tiada ulasan