Ads

Belajar Online

Berita Terkini

New Zealand adalah lokasi terbaik untuk perniagaan, menurut Bank Dunia

Satu kajian yang dijalankan oleh Bank Dunia mendedahkan bahawa New Zealand adalah lokasi paling mudah untuk menjalankan perniagaan, mengatasi Singapura yang menduduki kedudukan teratas dalam senarai dunia untuk tempoh satu dekad.

Mana-mana entiti yang bercadang untuk memulakan perniagaan di negara ini hanya perlu melalui proses tunggal, yang mana proses itu hanya akan memakan masa selama setengah hari. Tempoh median global bagi prosedur itu adalah 21 hari. Negara ini juga menawarkan khidmat proses yang amat mudah dalam mendapatkan kredit, permit pembinaan, pendaftaran hartanah, dan perlindungan pemegang saham kecil.

Singapura berada di tempat kedua, manakala Denmark dan Hong Kong masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat. Diikuti dengan negara Korea Selatan, Norway, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Manakala Somalia, Venezuela, Libya, dan Eritrea menduduki tempat paling bawah.

Bank Dunia berkata New Zealand mendahului senarai apabila ia memasuhkan 'cheque levy', menjadikan proses cukai lebih mudah. Ketua Ekonomi dan pegawai kanan Paul Romer berkata peraturan yang mudah untuk menjalankan perniagaan di negara ini akan memberikan banyak manfaat kepada ekonomi.
Kini anda boleh dapatkan Auto Trading Moving Haiken full edision dengan secara PERCUMA berpandukan terma dan syarat. Ketahui Lebih Lanjut…

Tiada ulasan