Ads

Belajar Online

Berita Terkini

Best MACD indicator



Adalah tidak lengkap sekiranya Moving Average Convergence Divergence (MACD) ini tidak digunakan. Secara keseluruhannya boleh dikatakan keseluruhan pelaburan forex pasti menggunakan indicator unit ini. Sebab utama indicator ini digunakan adalah kerana ketepatan dan kejituannya apabila diaplikasikan dengan indicator-indicator yang lain.

Indicator ini amat mudah digunakan kerana hanya perlu memahami persilangan persilangan pada titik tertinggi dan terendah pada indicator ini seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah di bawah.

Dengan menggunakan teknik ini kamu boleh mengenalpasti keadaan trend sama ada OVERBOUGHT atau OVERSOLD. MACD juga boleh digunakan untuk menentukan arah tuju trend dan kekuatan trend yang akan dihasilkan dengan hanya melihat bukaan pada MACD. Didalam website ini saya tidak akan menerangkan secara detail bagaimana MACD ini terhasil secara matematiknya dan sejarah terhasilnya indicator ini. Oleh yang demikian, sekiranya kamu ingin mengetahui pekara ini kamu boleh mendapatkan maklumat tambahan dengan melayari internet.

Di dalam forextrg study group juga ada menerangkan penggunakan teknik ini bagi tujuan pembelajaran. Gambarajah di bawah menunjukkan rupa bentuk carta apabila diaplikasikan dengan penggunakan indicator MACD.



SETTING

Langkah 1

Sila download aplikasi indicator BEST MACD di halaman MT4 indicator atau kamu boleh klik disini dan setelah kamu download masukkan file yang kamu download tadi kedalam metatrader4 kamu. Setelah kamu masukkan file yang kamu download tadi sila ikut langkah seterusnya,



Langkah 2

Pada metatrader4 kamu klik pada INSERT kemudian INDICATOR kemudian BEST MACD dan akan keluar box pada skrin kamu.



Langkah 3

Klik pada COMMEN dan kamu ikut setting berikut:

Klik pada box ALL EXTERNAL EXPERTS IMPORTS



Langkah 4

Klik pada INPUTS dan kamu ikut setting berikut:

FastEMA = 12

SlowEMA = 26

SignalSMA = 9



Langkah 5

Klik pada COLORS dan kamu ikut setting berikut:

0 = Silver

1 = Red

2 = Silver



Langkah 6

Klik pada LEVELS dan kamu perlu klik butang ADD ikut setting berikut:

Lavel = 0

Style = Silver



Langkah 7

Klik pada VISUALIZATION dan kamu ikut setting berikut:

Klik pada box ALL TIMEFRAMES dan SHOW IN DATA WINDOW



KAEDAH PENGGUNAAN

Keunikan indicator ini amat jelas sekali kerana kamu boleh menggunakannya secara bersendirian tanpa menambah dengan penggunaan indicator-indicator lain dengan syarat setting pada indicator ini kenalah betul pada tempatnya. Sekiranya tidak maka buruk padah yang kamu terima. Secara asasnya indicator ini ada puratanya tersendiri seperti pembentukan ombak. Ada masanya di atas dan ada masanya di bawah. Apabila alunan indicator ini bergerak dari kedudukan tertinggi (atas) sampai kepada kedudukan terendah (bawah) maka ianya telah membentuk satu kitaran purata lengkap (complate cycle). Apabila telah lengkap kitaran maka akan berlaku perubahan trend secara besar-besaran. Sila rujuk gambarajah di bawah untuk memboleh kamu melihat dengan jelas penerangan ini. Sekiranya kamu mengaplikasikan indicator ini bersama-sama dengan indicator yang lain seperti RSI14, RSI3, Stochctic, Zigzag dan parabolic SAR maka kamu akan memperolehi ketepatan dan kejituan pada setting indicator kamu. Oleh itu kamu boleh memperolehi keuntungan yang tinggi dan kamu boleh menjangkakan arah tujuan dan titik panamat pada trend. Saya akan menerangkan bagaimana kaedah terbaik untuk menggunakan indicator ini seperti gambarajah di bawah:



OPEN SELL POSITION


  • Untuk membuka SELL position kamu perlu rujuk pada price terakhir tertinggi yang dihasilkan apabila MACD ini menjejaki nilaian tertinggi seperti POINT 1.

  • Pastikan kamu masuk SELL position apabila MACD nilaian tertinggi ini bersilang seperti ditunjukkan pada point 1

  • Kamu juga boleh memasuki SELL position dengan melihat keadaan candlestick apadila MACD ini menjejaki nilaian tertinggi.

  • Apabila berlaku perubahan rupa bentuk bullish candlestick kepada bearish candlestick barulah kamu membuka SELL position setelah MACD mencapai nilaian tertinggi dan apabila MACD ini bersilang maka trend berish akan mendominasikan keseluruhan trend.

  • Jangan sesekali memasuki SELL position di pertengahan trend.

  • Sila rujuk pada TIMEF RAME H4 bagi tujuan penggunaan kaedah ini kerana ketepatan ada pada TIME FRAME ini.

  • Kamu boleh mengambil keuntungan atau profit pada TIMEF RAME H1 setelah MACD bersilang pada nilaian yang lebih rendah.

  • Sekiranya MACD pada H1 tidak bersilang maka kamu boleh HOLD SELL position sehingga MACD pada H1 bersilang.

  • Kamu juga boleh HOLD position kamu untuk ambil keuntungan sehingga MACD pada H4 bersilang akan tetapi dikhuatiri akan berlaku perubahan dipertengahan trend.

OPEN BUY POSITION


  • Untuk membuka BUY position kamu perlu rujuk pada price terakhir terendah yang dihasilkan apabila MACD ini menjejaki nilaian terendah seperti POINT 2.

  • Pastikan kamu masuk BUY position apabila MACD nilaian terendah ini bersilang seperti ditunjukkan pada point 2

  • Kamu juga boleh memasuki BUY position dengan melihat keadaan candlestick apadila MACD ini menjejaki nilaian terendah.

  • Apabila berlaku perubahan rupa bentuk bearish candlestick kepada bullish candlestick barulah kamu membuka BUY position setelah MACD mencapai nilaian terendah dan apabila MACD ini bersilang maka trend bullishi akan mendominasikan keseluruhan trend.

  • Jangan sesekali memasuki BUY position di pertengahan trend.

  • Sila rujuk pada TIME FRAME H4 bagi tujuan penggunaan kaedah ini kerana ketepatan ada pada TIME FRAME ini.

  • Kamu boleh mengambil keuntungan atau profit pada TIME FRAME H1 setelah MACD bersilang pada nilaian yang lebih tinggi.

  • Sekiranya MACD pada H1 tidak bersilang maka kamu boleh HOLD BUY position sehingga MACD pada H1 bersilang.

  • Kamu juga boleh HOLD position kamu untuk ambil keuntungan sehingga MACD pada H4 bersilang akan tetapi dikhuatiri akan berlaku perubahan dipertengahan trend.

Melalui kaedah ini kamu boleh aplikasikan pada TIME FRAME berikut untuk membuka dan menutup position pada currency pair yang kamu masuk:-

OPEN POSITION – Rujuk pada TIME FRAME H4

CLOSE POSITION Rujuk pada TIME FRAME H1



PERHATIAN YANG PERLU DIAMBIL



MACD ini juga ada kebaikan dan keburukannya yang perlu kamu ketahui. Untuk mengelakan dari berlaku permasalahan kamu boleh gabungkan aplikasi indicator ini bersama-sama dengan indicator lain seperti yang diterangkan di atas dan setiap bab di dalam website ini. Adakalanya para pelabur akan melakukan kesilapan ketika berlakunya SIDEWAY pada currency pair kerana tidak tahu ke manakah hala tuju seterusnya akan dibawa oleh currency pair itu. Oleh yang demikian sekiranya pekara ini terjadi, kamu perlu yakin pada indicator MACD kamu supaya kamu tidak terperangkap. Seperti yang saya jelaskan tadi, kamu boleh open position dengan merujuk H4 dan menutup position dengan merujik H1. Sekiranya kamu telah lama dan mahir menggunakan MACD ini sudah pasti kamu akan hampak dengan jrlas penerangan ini. Kenapa? Apabila berlaku SIDEWAY pada H4 (seperti gambarajah di atas) setelah kamu membuka position, cepat-cepat kamu rujuk pada H1 kerana saya pasti pada H1 MACD telah jejak nilaian tertinggi atau terendah. Oleh yang demikian, kamu telah menyelamatkan position kamu kerana bertindak dengan cepat dengan menutup setelah MACD ini bersilang pada nilaian terendah atau tertinggi. Pekara pokok yang perlu kamu berikan perhatian awalan adalah pada H4, Segala-galanya bermula di situ, Dibawah ini saya senaraikan apakah kebaikan, keburukan dan kaedah terbaik untuk memaksimmakan penggunakan teknik ini.


  • Masuk position SELL setelah MACD menjejaki nilaian tertinggi. Pastikan MACD bersilang pada nilaian tertinggi.

  • Masuk position BUY setelah MACD menjejaki nilaian terendah. Pastikan MACD bersilang pada nilaian terendah.

  • Rujuk TIMEFRAME H4 untuk masuk position

  • Rujuk TIMEFRAME H1 untuk closed position.

  • Elakkan dari memasuki SELL atau BUY position dipertengahan trend kerana dikhuatiri berlaku perubahan trend mendadak diluar jangkaan

  • Akhir sekali yakin dengan keputusan position yang telah kamu masuki dengan mententeramkan diri kamu dari berlaku pergolakan di dalam jiwa. Ikut dan yakin pada indicator yang kamu gunakan.

  • Untuk maklumat tambahan berkenaan MACD kamu bolen menyertai saya di forextrg study group untuk tujuan penambahan maklumat terkini.